Dropship
Kami menyediakan khidmat Dropship kepada sesiapa yang ingin menjual KOLEKSI dibawah MIERA COLLECTIONS secara online.
Apa itu Dropship Reseller ?
Dropship adalah suatu sistem urusniaga di mana anda menjual/mempromosi koleksi MIERA COLLECTION di laman web/blog anda tanpa perlu terlibat dalam urusan penyimpanan stok dan penghantaran produk. Apabila ada pengunjung laman web/blog anda membuat pesanan belian ke atas koleksi MIERA COLLECTIONS , mereka perlu membuat pembayaran penuh kepada anda (harga yang anda letak + kos penghantaran). Anda hanya perlu mengirim kepada kami bayaran yang telah dipersetujui di antara anda sebagai Dropship Reseller ( harga wholesale dengan MOQ yang ditetapkan ) dengan pihak MIERA COLLECTIONS dan maklumat pembeli anda untuk urusan penghantaran produk. Keuntungan anda adalah MILIK ANDA 100% dari harga jualan produk (tidak termasuk kos penghantaran). Anda akan mendapat keuntungan secara terus dari urusniaga ini. Itu sahaja tugas anda sebagai Dropship Reseller.
Pembeli tidak mengetahui bukan anda yang menghantar produk tersebut dan akan terus membeli dari anda pada masa akan datang.
Kelebihan Dropship :
- Tidak perlu modal besar untuk memulakan perniagaan anda
- Tidak perlu meyimpan stok
- Tidak perlu menguruskan pembungkusan dan penghantaran produk
- keuntungan anda terjamin kerana pembeli membayar terus kepada anda
Syarat-syarat untuk menjadi Dropship Reseller.
- Yuran PENDAFTARAN sebanyak RM 15 setahun sebagai perjanjian sah untuk menjadi AGENT DROPSHIP MIERA COLLECTIONS
- Mesti mendaftar sebagai Dropship Reseller.
- Mempunyai akaun bank dan sebaik-baiknya akaun di Maybank dan menggunakan perkhidmatan Maybank2u. Ini bagi mempercepatkan proses pindahan wang agar pesanan dari pembeli Dropship Reseller dapat diuruskan secepat mungkin kerana pihak kami berurusan menggunakan Maybank2u.
Berminat menjadi Dropship Reseller? Hubungi ADMIN MIERA COLLECTIONS segera untuk tindakan selanjutnya..
EMAIL : pwenceszlolypowp@yahoo.com